Melawan Belanda Tuanku Tambusai

Perjuangannya bermula di Rokan Hulu dan sekitarnya dengan berpusat di Kubu Dalu-Dalu. Kemudian, beliau melanjutkan perlawanan ke wilayah Natal pada tahun 1823. Tahun 1824, beliau memimpin pasukan gabungan Dalu-dalu, Lubuksikaping, Padanglawas, Angkola, Mandailing, dan Natal untuk melawan Belanda. Beliau sempat menunaikan ibadah haji dan diminta oleh Tuanku Imam Bonjol untuk mempelajari perkembangan Islam di Tanah Arab.[5]

Pada abad ke-15, Tuanku Tambusai begitu menyusahkan pihak Belanda sehingga Belanda sering meminta bantuan pasukan dari Batavia. Berkat kebijaksanaannya, kubu Belanda, Kubu Amerongen berjaya dimusnahkan. Bonjol yang telah jatuh ke tangan Belanda dapat dirampas semula walaupun hanya seketika. Tuanku Tambusai bukan sahaja menghadapi Belanda, malah turut menghadapi pasukan Raja Gedombang dan Tumenggung Kartoredjo, yang berpihak kepada Belanda.

Beliau digelar “De Padrische Tijger van Rokan” (Harimau Padri dari Rokan) oleh Belanda kerana sukar ditewaskan, tidak pernah menyerah kalah, dan tidak mahu berdamai dengan Belanda. Keteguhan sikapnya diperlihatkan dengan menolak pelawaan Kolonel Elout untuk berdamai. Pada tanggal 28 Disember 1838, kubu Dalu-dalu jatuh ke tangan Belanda. Melalui pintu rahsia, beliau meloloskan diri dari kepungan Belanda dan sekutu-sekutunya.